THE ACES-ECER JOBS TRAIN AND PLACE PROGRAM

Program ini khusus buat lepasan SPM/Kolej/Diploma/Degree yang menetap di Pantai Timur (PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN). Program ini merupakan satu platfom dimana memberi ruang kepada mereka yang masih belum bekerja dan akan diberikan Latihan Professional berkaitan Teknologi Maklumat Bersama ACES

Apa Itu THE ACES-ECER JOBS TRAIN AND PLACE PROGRAM?

THE ACES-ECER JOBS TRAIN AND PLACE PROGRAM telah dilancarkan pada 20 Ogos 2021 sebagai satu program latihan dan kebolehpasaran bagi membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai belia berkemahiran IT yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Setiap graduan yang menyertai program akan diberi latihan khusus dari pakar industri untuk mempersiapkan diri dengan segala ilmu berkaitan IT. Golongan sasaran untuk program ini ialah lepasan SPM, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana & PhD yang baru tamatkan pengajian dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mempelajari bidang IT yang penting bagi pasaran global ketika ini.

Syarat Kelayakan

Bagi anda yang berminat untuk menyertai program THE ACES-ECER JOBS TRAIN AND PLACE PROGRAM, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan wajib manghadiri taklimat di tempat & masa yang ditetapkan nanti (secara maya).

Latihan yang diterima

Dalam program THE ACES-ECER JOBS TRAIN AND PLACE PROGRAM anda akan diberikan latihan professional berkaitan IT bersama syarikat pelaksana. Anda akan menerima latihan yang intensif daripada syarikat pelaksana yang dilantik.

Anda akan diberikan 2 jenis latihan iaitu Software Development & Creative Multimedia juga “on job training” modul latihan merangkumi;

Video Game Designers

VIDEO EDITING

Manakala dalam “on job training”, anda akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 1,100.00 sebulan sepanjang program (6 bulan).

Kenapa Anda Perlu Rebut Peluang Ini?

THE ACES-ECER JOBS TRAIN AND PLACE PROGRAM ialah program yang bagus kerana ianya boleh mengurangkan kadar pengangguran dan isu gaji tidak setaraf. Bukan itu sahaja, ianya juga melatih anda supaya mampu mempunyai kerjaya sendiri sebagai “freelancer”.

Latihan yang disediakan dalam THE ACES-ECER JOBS TRAIN AND PLACE PROGRAM juga bukan latihan yang biasa dipelajari di institusi pendidikan. Ianya adalah latihan khusus untuk industri dan dijalankan bersama pakar serta syarikat peneraju industri.

Latihan yang diterima oleh mereka yang menyertai program ini adalah latihan sebenar untuk menghadapi situasi yang lebih mencabar selepas tamat latihan nanti.

THE ACES-ECER JOBS TRAIN AND PLACE PROGRAM ialah program yang disediakan untuk membantu anda mendapatkan latihan & pengalaman pekerjaan yang disertakan dengan elaun bulanan. Program ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anda dan majikan di dalam industri. Malah modul di dalam program ini juga dicipta khusus untuk menjadikan graduan lebih berdaya saing & mempunyai asas IT yang kukuh sebelum melangkah ke dunia sebenar.

Jika anda mempunyai kelayakan seperti yang dinyatakan, jangan buang masa. Cepat daftarkan diri & sertai program THE ACES-ECER JOBS TRAIN AND PLACE PROGRAM.